KONSEP INTEGRASI
Pendidikan Integrasi yang berterusan dengan kemantapan tiga bahasa ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ) yang menggunakan pendekatan holistik ( Minda, Jasmani dan Rohani ) dan mengarah kepada pembentukan insan yang Berilmu, Beriman dan Beramal.
Pendidikan integrasi lengkap di bawah satu bumbung ;
- Kurikulum Kementerian Pendidikan ( KBSR dan KBSM )
- Kurikulum Diniyyah JAIS
- Kurikulum Hafazan & Kefahaman Al-Qur'an
- Kurikulum Amalan Ibadah Harian Fardhu dan Sunat
Peperiksaan yang dijalankan
- PMR ( Tingkatan 3 )
- UPSR ( Tahun 6 )
- PSRA ( Tahun 6 )
- UPKK ( Tahun 5 )
FALSAFAH PENDIDIKAN SIAS
" Pendidikan di Sekolah Integrasi As-Syakirin ialah satu amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap Muslim dan Muslimah ke arah membentuk dan memperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani."
"Insan yang dididik dengan usaha yang berterusan ini akan berkeupayaan ke arah memberikan kesejahteraan dan kecemerlangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara."
MISI
- Memartabatkan sistem dan nilai pendidikan islam dalam kerangka sistem pendidikan negara
- Melaksanakan sistem pendidikan ilmiah yang bermutu tinggi, berkualiti, progesif dan serba lengkap.
- mendidik pelajar agar berdaya saing dalam semua bidang pengajian.
- membentuk generasi profesional bertaqwa.
VISI
Memartabatkan sistem dan nilai pendidikan dalam rangka sistem pendidikan ilmiah, bermutu tinggi dan progresif dengan tujuan ;
a. memperkembangkan potensi individu secara syumul dan bersepadu
b. melahirkan insan yang berkemampuan menjalankan peranannya sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi
c. melahirkan insan yang berakhlak tinggi
MOTO
"Profesional Bertaqwa"
KEMUDAHAN
- Keseluruhan sekolah berhawa dingin
- Keseluruhan sekolah berkarpet
- maksima 24 pelajar perkelas
MAKMAL
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Bengkel Kemahiran HIdup
- Pusat Sumber
STRUKTUR ORGANISASI
Lembaga Pengarah :
- Ir Izham b Hashim ( Pengerusi )
- Hj Mohd Ariff b Mohd Yusof ( Timb. Pengerusi )
- Hj Mohd Nor b Din
- Ilyas Lee Abdullah
- Capt. Ismail B Mohd Isa
- Dr. (EM) N. Noor Azlida bt Dato' Husain ( Setiausaha )
- Pn Noorisah Hashim Abdul Rahim
MASA PERSEKOLAHAN
Sekolah Rendah : 7.50 pagi - 4.00 petang
Sekolah Menengah : 7.50 pagi - 4.30 petang
perhimpunan pagi : 7.50 pagi
AKTIVITI KO-KURIKULUM
Unit Beruniform
- Pergerakan Amal Syabab As-Syakirin
Persatuan
- Persatuan Bahasa
- Persatuan Sains dan Matematik
- Persatuan Kemanusiaan
Kelab
- Kelab Taek Wan Do
- Kelab Komputer
- Kelab Bola Sepak
- Kelab Bowling
- Kelab Badminton
Tarbiyyah
- Usrah
- Halaqah Ilmi
- Penilaian Amalan Fardhu
SYARAT KEMASUKAN
Kemasukan bergantung kepada kekosongan kelas. Bagi sekolah menengah, pelajar perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam subjek Diniyyah dan perlu melalui satu temuduga ringkas bersama Pengetua dan mempunyai rekod disiplin yang baik dari sekolah terdahulu.
Wednesday, April 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekolah swasta islam di Shah Alam. sekeolah rendah dan menengah dalam satu bumbung.
.
kami adalah
- SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN
- Seksyen 13, Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN, Malaysia
- Sekolah Rendah dan Menengah yang menggabungkan Kurikulum Akademik dan Kurikulum Diniyyah JAIS serta Hafazan.
No comments:
Post a Comment